Restoran Raso Omak Den, Danau Kota

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga sihat dan ceria selalu :)

Menu Restoran Raso Omak Den

Siapa pernah singgah Restoran Raso Omak Den, Danau Kota (PV128)?
Sop baru pertama kali singgah ke Restoran Raso Omak Den, Danau Kota walaupun ia dekat dengan rumah. Seperti biasa, bila dekat susah pula kita hendak singgah! Betul tak?

Sebelum ini, Sop pernah singgah Restoran Raso Omak Den, Setapak Indah yang lebih kepada warung. Berbeza dengan cawangan baru Restoran Raso Omak Den, Danau Kota ini yang lebih hebat kerana dibuka di lot kedai. Kawasan PV128 ini memang kawasan dipenuhi dengan restoran yang eksekutif dan besar :)

Restoran Raso Omak Den menyediakan pelbagai jenis masakan Melayu Kampung bukan sahaja masakan Negeri Sembilan tetapi seluruh Malaysia. Antaranya seperti masak lemak (masakan utama), ayam kampung, masakan pantai timur, sup, ulaman dan sebagainya.

Variasi masakan yang tersedia sangat banyak sehingga tidak tahu hendak pilih yang mana. Boleh menyebabkan "radang paru-paru" jika tengok lauk pauk yang pelbagai tersebut [hahahaha] Rasa sangat sedap dan secukup rasa. Jika ke Restoran Raso Omak Den, Danau Kota tidak makan masak lemak, memang rugi. Menu utama di Restoran Raso Omak Den, Danau Kota ialah masak lemak cili api. Beberapa jenis masakan lemak disediakan seperti udang, ikan, daging salai, siput sedut dan sebagainya.

Harga untuk semua lauk adalah berpatutan. Harga yang dikenakan mengikut jenis lauk-pauk dan kuantiti yang diambil. Untuk makan tengah hari menu Sop keluarga berserta air hanya RM22 sahaja. Murah bukan? Lagipun, Sop tidak ambil banyak jenis lauk. Bukan berjimat (pasti jimat) tetapi Sop tidak suka makan dengan banyak jenis lauk-pauk :)

Sop suka juga dengan Restoran Raso Omak Den ini kerana ruang yang selesa dan bersih. Penggunaan buffet ditengah restoran memudahkan pelanggan untuk mengambil makanan. Tempat duduk juga selesa dengan ruang yang luas. Konsep ala-ala kopitiam menjadi Restoran Raso Omak Den kelihatan eksekutif.

Promosi Ramadan juga telah terpapar pada pintu masuk Restoran Raso Omak Den, Danau Kota. Sop percaya pada bulan Ramadan nanti, tempahan berbuka pasti penuh :)

Siapa yang lalu-lalang di kawasan Danau Kota, bolehlah singgah-singgah ke Restoran Raso Omak Den, Danau Kota untuk menikmati menu yang sedap di sini :)

Untuk tempahan berbuka puasa nanti, sila hubungi talian 012-6787372

Galeri gambar:

Ruang yang selesa

Tapai pulut pun ada!

Siapa pernah makan otak lembu?

Udang galah yang sebesar lengan Azfar

Pelbagai jenis lauk untuk dipilih

Udang galah RM 8 - 10 seekor

Azfar dan Azwar makan kosong jer.. huhuhu




Ikan singgang menjadi pilihan Sop



Siapa tahu masakan ini?

Restoran Masakan Melayu Asli

Previous
Next Post »