Rama-rama Gergasi

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah lihat rama-rama gergasi?
Jika di hutan atau zoo pasti biasa bukan?

Rama-rama gergasi ini berada di dewan Hotel Putra Kuasa Lumpur. Tidak tahu bagaimana boleh sesat, kehilangan gps kot :)

Masa kecil dulu jika lihat rama-rama masuk rumah petanda ada orang hendak datang. Kadang-kadang betul juga kerana kebetulan. Tetapi itulah kata-kata orang tua :)

Jika di hotel pasti sentiasa orang datang, tidak hairan jika rama-rama masuk. Tapi jika rama-rama gergasi masuk mungkin ada orang besar hendak datang? Andaian sahaja, syirik kalau percaya :)

Besar sungguh rama-rama tersebut, jarang juga Sop tengok. Warga dan corak sangat cantik.

Oleh kesian pada rama-rama tersebut, kami bantu mengeluarkan ia dari dewan.

Previous
Next Post »