Pertama kali Azfar dan Azwar bermain bowling

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga sihat dan ceria selalu :)

Pertama kali bermain bowling

Masih ingat bagaimana pertama kali anda bermain bowling?
Sop masih ingat pertama kali mencubanya semasa zaman belajar dahulu. Itupun hanya cuba baling semasa permainan rakan. Kemudian masa pertama kali bermain sendiri, kebanyakkan bola hanya ke longkang. Langsung tidak tahu hendak "ejas" bagi ke tengah :) Namun agak "blur" pengalaman pertama bermain bowling tersebut.

Ini adalah kali pertama Azfar dan Azwar bermain bowling sebenar. Sebelum ini, mereka hanya mengikut Sop bermain dan hanya pegang-pegang sahaja. Jika bowling permainan, selalu juga mereka bermain seperti pusat permainan kanak-kanak. Mulanya melihat ada kanak-kanak sebesar Azfar yang bermain di Pusat Bowling Wangsa Walk. Sop kemudiannya bertanya di kaunter dan dimaklumkan ada saiz kasut dan bola untuk kanak-kanak. Kasut yang boleh dipakai ialah saiz 1 (paling kecil) dan bola bowling ialah saiz 6. Bola boling tersebut diletak di kawasan mengambil kasut dan akan diberikan jika ada pemain kanak-kanak yang mengambil kasut.

Pengalaman pertama, pasti teruja Azfar dan Azwar untuk bermain. Selepas Sop ajar sedikit sebanyak untuk pegang, akhirnya Azfar boleh membuat balingan. Walaupun bola bowling hanya bersaiz 6 tetapi masih agak berat untuk Azfar dan Azwar.

Azfar beberapa kali bola bowling terlepas ke belakang. Ini kerana beliau melihat ramai yang bermain menghayung bola bowling tersebut. Beliau turut mengikut cara tersebut tetapi keadaan bola bowling yang agak berat menyebabkan dia terlepas. Akhirnya Sop meminta Azfar hanya membuat hayunan dari bawah sahaja. Setelah beberapa kali balingan, akhir Azfar boleh selesakan diri dan berjaya tidak masuk ke longkang.

Manakala Azwar pula, bola bowling bersaiz 6 adalah berat untuk dibaling. Azwar tidak mampu untuk pegang bola bowling tersebut dengan sebelah tangan dan membuat balingan. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya Azwar mempunyai teknik balingan tersendiri. Caranya ialah pegang bola bowling kedua-dua tangan dan balingan dibuat secara beliau mengelunsur. Gaya yang cukup lain dari yang lain [huhuhuhu] Walaupun dengan cara pelik, balingan Azwar bertambah baik dan mampu menjatuhkan pin.

Kami hanya bermain untuk 1 set sahaja. Cukup untuk memberi pengalaman pertama. Risau juga semasa bermain takut-takut ada kesan lenguh atau terseliuh semasa bermain. Semasa bermain, Sop sentiasa bertanyakan keadaan tangan mereka.

Selepas ini, bolehlah melatih mereka bermain secara ansur-ansur. Azfar dan Azwar pun turut teruja. Apabila bertanya sama ada ingin bermain lagi, dengan pantas menjawab "NAK!" Huhuhu Sekali sekala bolehlah bawa bermain nanti :)

Galeri gambar:



Auni sebagai penyokong :)


Bertindak sebagai jurulatih :)




Tengok betul2.. pemain dunia nak baling :)




Sekali terlepas ke belakang da..!


Berat sangat bola bowling ni!


Gaya profesional :)

Berjaya menjatuhkan 8 pin


Gaya tersendiri bakal gegarkan dunia bowling :)

Silap2, Azwar terus bersama bola ke pin :)


Semain mahir


Kekalkan gaya Azwar :)

Previous
Next Post »