Perpustakaan Komuniti Jusco AU2

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Mendidik anak membaca dari awal adalah satu kemestian. Mendidik dan menanam sifat suka membaca boleh dilakukan dengan sentiasa membawa anak ke perpustakaan.

Usaha pihak Perpustakaan Negara harus dipuji kerana berjaya membuka Perpustakaan Komuniti di Jaya Jusco AU2 kerana memberi kemudahan kepada pengunjung untuk singgah membaca. Jika hendak ke Perpustakaan Negara agak jauh juga berbanding dengan Perpustakaan Komuniti.

Disamping membeli belah atau windows shopping, anak-anak juga boleh dibawa singgah untuk membaca buku atau melayari internet. Bagi yang tidak suka meronda-ronda boleh menunggu pasangan atau keluarga di sini sambil membaca :)

Sop sudah beberapa kali singgah ke sini bawa Azfar dan Azwar jika ke Jusco AU2.

Kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Komuniti ialah buku bacaan, akhbar, majalah, komputer,  dan WiFi. Ruang juga cukup selesa untuk membaca.

Kepada yang ke Jusco AU2 bolehlah singgah untuk membaca :)






Previous
Next Post »