Durian di Port Dickson

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Update ringkas berada di Port Dickson yang mana tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan ketika di sini. Jadual sangat penuh, sukar untuk bergerak dan buat aktiviti yang menarik. Jika ada kelapangan, boleh juga layan Go Kart atau extream ATV yang ada di Port Dickson.

Malam ini ke Batu 4, Port Dickson untuk minum-minum. Ada penjual durian di sini, boleh juga merasa udang merah dan D2. Tidak makan banyak tetapi sekadar merasa. Agak mahal juga durian di sini, RM15 sekilo untuk udang merah dan D2 dan D24.

Pertama kali mencuba durian D2 yang mana biji sangat nipis dan ada yang tiada langsung. Memang sedap rasanya dan cukup "cow" rasa durian.

Di Kuala Lumpur lagi banyak rasanya yang jual durian, rasanya :)




Previous
Next Post »