Belum puasa sudah promosi raya!

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kemeriahan Ramadhan pasti dinanti-nanti oleh umat Islam untuk mencari penuh keredhaan selama sebulan.

Namun ada juga yang menantikan Ramadhan untuk mencari peluang rezeki yang berganda. Bukan sahaja pahala berganda tetapi juga pendapatan bagi yang mencari rezeki.

Ramadhan atau Raya yang paling penting?
Kemeriahan pasti lebih utama pada sambutan raya bukan?
Oleh sebab itu, belum lagi puasa promosi raya sudah bermula. Jika awal puasa nanti, pasti lagu raya akan berkumandang.

Adus, silap konsep sungguh. Tapi apakan daya, bagi pasaraya, raya yang lebih memberi keuntungan. Tidak seperti pembekal kurma yang lebih mendapat banyak untung pada bulan puasa atau peniaga pasar Ramadhan :)

Moga kita tidak terpengaruh dengan perkara tersebut.

Nota kaki: Ada yang sibuk persiapan raya? Iks iks iks


Previous
Next Post »