Baru seminggu puasa dah main bunga api

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Salam Ramadhan :)

Apa yang penting bagi kanak-kanak pada bulan puasa?
Kuih muih?
Pasar Ramadhan?
Terawih?

Pastinya bunga api yang terbayang oleh mereka apabila dibulan puasa. Setuju?

Azfar dan Azwar tidak ketinggalan untuk minta bermain bunga api. Padahal baru seminggu berpuasa, penjual bunga api telah bersepah di pasar Ramadhan. Azfar dan Azwar tidak boleh tahan melihat bunga api tersebut :) Pasti teringat tahun-tahun lepas bagaimana bermain bunga api.

Sudah beli terpaksa teman bermain pula bukan?
Selepas berbuka, kena layan sekejap bermain. Sop hanya hadkan beberapa batang sahaja bunga api yang boleh dibakar. Simpan dan main sikit-sikit agar sempat sampai akhir puasa. Mrs Sop pula beli satu kotak bunga api tersebut, kalau tidak catu, mahu habis 1 malam sahaja bunga api tersebut ')

Anda sudah mula bermain bunga api?






Previous
Next Post »