Telah beli domain sop.name.my

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

Domain sop.name.my telah berjaya dibeli. Walaupun harga promosi dari domainregistry.my hanya RM25 tetapi dengan Exabytes Sop perolehi dengan harga RM18.80. Jika rujuk kepada banner promosi Exabytes hanya RM0.99 untuk tahun pertama tetapi semasa proses pembelian tiada pula harga tersebut. Musykil juga dengan tawaran yang seperti hebat sangat tersebut!

Bila lihat kepada terma dan syarat, lain pula dengan harga yang dipaparkan! Tidak tahu, adakah ini marketing sahaja? Sila rujuk link untuk lihat Mynic 25th Anniversery Promo. Susah kalau ayat berbelik-belik seperti ini!

Setelah berjaya mendapat domain sop.name.my, tiba masa untuk setup ke blogspot. Apabila diajukan soalan kepada Exabytes, baru Sop tahu yang untuk pointkan domain ke blogspot, perlukan hosting atas DNS Hosting! Kena sewa!

Sebelum ini, Sop guna domain gnesop.com, upkkl.com tidak pula perlu DNS Hosting dan Hosting! Sebelum ini, Sop bertanya dahulu sebelum beli, boleh atau tidak hendak guna domain untuk blogspot. Bila pembekal maklum boleh, baru Sop teruskan pembelian. Kali ini, Sop tidak pula bertanya kerana yakin, tiada masalah untuk syarikat besar bantu untuk setting kepada blogspot. Akhirnya terkena!

Nasib baik ada 'contact' dengan Ecohost.my dalam FB dan cuba mendapatkan bantuan beliau. Respon dan bantuan sangat baik walaupun bukan mendapatkan domain dari beliau. Beliau memberikan link tutorial bagaimana Name Server untuk ditukar dan bagi info tentang DNS Domain percuma.

Penat cuba belajar dan fahami apa yang Sop sedang buat. Maklum sahaja, pertama kali buat benda ini, pasti kurang faham, tidak jelas dan sebagainya. Setelah semua siap, masih tidak tidak boleh digunakan domain sop.name.my. Risau juga takut setting masih salah. Nasib baik masih teringat yang DNS akan refresh dan masa 1 jam hingga 48 jam. Kenalah tunggu......

Akhirnya pada jam 1.00 pagi, domain sop.name.my berfungsi sepenuhnya. Sop hanya pointkan ke blog sementara dulu kerana domain ini akan digunakan menggantikan gnesop.com. Ikuti entry kenapa Sop ingin bertukar domain di sini.

Selepas ini, lebih bekerja keras nampaknya untuk mendapatkan kembali backlink, ranking dan sebagainya kerana apabila domain baru, semua seperti baru kecuali entry yang tersedia ada. Sayang juga hampir 4 tahun menggunakan gnesop.com terpaksa ditinggalkan. Mungkin jadikan domain blog copy paste? Menarik juga kan? Hehehehe

Kepada rakan yang hendak membeli domain, sila bertanya dahulu dengan pembekal, bolehkah mereka bantu untuk setup. Ada pembekal yang sentiasa berkira untuk dapatkan keuntungan, setiap perkhidmatan ada bayaran! Ada pembekal yang lebih baik! Jadi, pilihlah yang bagus bukan sahaja dari segi server atau kualiti perkhidmatan tetapi mudah memberi bantuan.

Esok bermula proses pertukaran blog ini dengan penjenamaan baru. [garu kepada yang tidak gatal, banyak pula kerjanya!] Huhuhuhu
Previous
Next Post »