SEO Blog sop.name.my masih rendah

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria bersama orang tersayang :)

Markah SEO domain sop.name.my

Analisis blog adalah penting untuk menyemak setting blog supaya berada di tahap yang terbaik! Banyak website yang menyediakan semakan blog melalui "SEO tool analysis"  secara percuma dan berbayar.

SEO sesebuah blog juga penting untuk memastikan blog sentiasa tersenarai dalam injin carian dan paling penting terpapar dimuka utama hasil carian. Setting-setting ini bukan faktor utama tetapi sekurang-kurangnya membantu dalam memberikan hasil yang terbaik.

Apa yang paling utama?
10 perkara penting dalam SEO

Entry blog semestinya perkara utama untuk memastikan blog berada di paparan utama hasil carian. Oleh itu, jangan pandang remeh dengan entry yang ditulis. Pastikan entry yang dibuat adalah menarik, beriformasi, bermanfaat sehingga pembaca suka dan sudi tekan butang "LIKE" atau "SHARE" entry tersebut.
Entry 8 cara untuk kongsi entry melalui social share [link] sangat membantu.

Entry yang baik juga memberi website crawl untuk menyimpan link entry dan secara tidak langsung memberi backlink kepada blog kita. Tidak semestinya blog entry SEO yang mampu memberi backlink yang bagus seperti blog berita, blog artis/hiburan, blog politik, blog panas. Memang blog seperti tersebut mendapat carian yang banyak tetapi ia tidak bagus untuk pengiklanan. Blog pelagiat bukan blog yang baik tetapi jika diberi secara ulasan, ia menjadi sangat menarik [faham maksud Sop?]

Hasil analisa blog sop.name.my, didapati masih berada ditahap yang rendah. Ini terjadi kerana domain masih baru dan belum mempunyai banyak backlink. Backlink ini sangat berpengaruh kerana ia memberi kesan kepada semua aspek termasuk PageRank blog itu sendiri. Antara cara yang boleh dibuat untuk mendapat backlink ialah membuat ping entry [contoh: ping.busuk.org, blogged.my, blogr.my], ping blog [contoh: pingler.com], link exchange, link internal dan sebagainya.

Sekarang ini, domain blog sop.name.my baru berusia 3 minggu. Banyak tugasan yang perlu dibuat untuk memastikan SEO dan backlink kembali tinggi. Semakan backlink bagi domain gnesop.com sebelum ini ialah lebih 20k tetapi sop.name.my baru 6 yang tersenarai dalam "SEO Tools". Perbezaan hasil 3 minggu dengan 5 tahun domain yang dipakai :)

Contoh SEO Tools:

Free SEO Tools & Search Engine Optimization Software



Antara tugas-tugas yang sedang dilakukan oleh Sop ialah daftar masuk ke blog directory, ping blog, ping entry, link exchange dengan rakan [terima kasih kepada semua yang bloglist sop.name.my], menulis entry seberapa banyak yang boleh, membuat "share" [rakan pun boleh bantu share melalui butang disediakan] dan lain-lain yang berkaitan.

Dari segi template, Sop telah berpuas hati dari segi susunan, kelancaran dan paparan. Semoga rakan juga suka dan selesa dengan template ini. Pemilihan template sama penting seperti entry dan sebab itu ia perlu mesra pelawat dari segi paparan, kelancaran, loading dan sebagainya.

Banyak tugasan dan tenaga yang diperlukan bukan?
Usaha tangga kejayaan [kata-kata motivasi untuk diri sendiri Hehehe]

Terima kasih kerana membaca entry ini. Sila "LIKE" atau "SHARE" jika suka :)
Previous
Next Post »