26 June 2012

Pengiklanan, Blogger dan Pendapatan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pengiklanan mampu memberi keuntungan yang besar jika kena dengan gayanya. Jika dulu, pilihan pengiklanan hanya pada radio, tv, majalah, papan iklan sahaja.

Sekarang ini, pengiklan dilihat sebagai platform yang besar untuk promosi produk, perkhidmatan, barang, web dan sebagainya. Oleh sebab itu banyak jenis pengiklanan yang muncul sekarang ini.

Antara yang menarik pada pendapat Sop ialah Teh Tarik TV, Table Talk, Pengiklanan blogger (cth Nuffnang), Teksi dan sebagainya.

Blogger sekarang ini telah dikatogeri sebagai media yang mula mendapat perhatian dalam arena pengiklanan. Oleh sebab itu, Blogger sekarang ini mampu menjana pendapatan lumayan.

Blogger lebih diminati oleh pembaca untuk review sesuatu produk kerana ulasan yang dibuat adalah bersandarkan pendapat peribadi. Ayat yang digunakan juga lebih mesra pembaca yang berbeza dengan tulisan buku atau majalah yang lebih formal.

Kepada Blogger yang ingin serius dalam dunia blogging, pastikan menulis dengan baik (pesanan pada diri sendiri) walaupun perkara peribadi tetapi tetap mempunyai info yang baik. Pembaca bukan sahaja membaca tetapi juga mendapatkan maklumat. Pangiklan akan melihat nilai-nilai komesial yang ada pada blogger.

Terima kasih kerana membaca entry ini :)



EmoticonEmoticon