Orang hendak guna la pakcik!

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kemudahan staging yang Jusco buat adalah untuk memudahkan pengguna menggunakan kerusi roda atau stroler di pintu masuk. Dengan adanya staging, pengguna tidak perlu susah-susah untuk mengangkat stroler atau kerusi roda.

Tadi kami ke Jusco untuk meronda hari minggu. Dari parking ke lift ada laluan staging kerana ada bendol di situ. Baru hendak melalui staging tersebut, ada kereta berhenti betul-betul depan laluan tersebut! Macam mana hendak lalu?

Berapa punya cerdik orang kita, parking di situ sebab hendak bayar parking yang ada di depan pintu masuk. Sop yang hendak masuk ke diri terpaksa lalu laluan bendol dan kena angkat sedikit stroler yang membawa Baby Auni. Dalam masa yang sama, ada kakak yang mengalami nasib yang sama semasa keluar dari lift.

Sop tidak faham dengan sikap orang yang sebegini langsung tidak fikir dengan keadaan orang lain. Fikir mudah diri sendiri sahaja! Padahal, Sop berada Sop depan masa hendak lalu! Dengan muka "toya" keluar kereta bayar parking. Sop tengok sahaja! Kalau sound karang, ada kes bergaduh plak!

Benda sivik, prihatin, logik akal tak perlu sampai orang bagi tahu. Fikir sendiri kalau perbuatan menyusahkan orang, kena sumpah nanti. Sop dah sumpah dia dan kereta dia jadi Galaxy S3! Cukup lg 39 orang, comfirm jadi Galaxy S3 atau jadi tokey handpon :)

Geram juga bila lihat orang yang pentingkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang lain.
Bila hendak berubah menjadi masyarakat lebih prihatin?

Terima kasih kerana membaca entry emosi ini.:)


Previous
Next Post »