20 June 2012

Kekurangan penggunaan domain name.my

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria selalu :)

Domain gnesop.com telah berjaya ditukar kepada sop.name.my selama 2 minggu. Semua urusan penukaran berjalan lancar dari segi domain dan paparan. Penjenamaan akhirnya berjaya kepada semua yang baru kecuali pemilik sahaja.. Hehehehe

Domain gnesop.com agak sayang juga kerana telah diindex oleh Google dan injin carian lain. Bila semak pada Google Webmaster Tools, seperti tidak mahu untuk tukar sahaja :) Apa boleh buat, keputusan telah dibuat dalam entry penukaran domain sebelum ini.


Kekurangan yang setakat kini Sop jumpa ialah domain name.my ini dikesan sebagai subdomain. Kesukaran berlaku semasa Sop menggunakan Google Webmaster Tools untuk menukar maklumat alamat domain. Dengan fungsi ini, carian boleh ditukar kepada domain baru melalui crawl Google. Ini kerana link dan tajuk masih sama kecuali domain sahaja. Semasa proses penukaran tersebut, beberapa kali Sop mencuba tetapi tidak berjaya. Buat verifikasi berjaya tetapi tidak boleh juga. Ada lagi satu domain .com yang Sop miliki berjaya pula tersenarai. Bila baca help FAQ baru tahu yang subdomain tidak boleh digunakan untuk penukaran domain tersebut. Adakah name.my adalah subdomain?


Keduanya masalah dihadapi semasa menyenaraikan blog ke Alexa. Sekali lagi Sop mengalami masalah untuk memasukkan domain sop.name.my. Alexa mengesan domain blog sop.name.my sebagai subdomain dan domain utama ialah name.my. Ia sekali gus menjawab persoalan kenapa Alexa Ranking blog masih baik walaupun domain baru sahaja diguna. Rupanya ranking tersebut menggunakan domain name.my sebagai ranking. Jadi semua yang menggunakan domain name.my akan mendapat rank yang sama. Kira-kira bermadu lah nih! Hehehehe

Apa boleh buat, semua telah dibuat dan tindakan telah diambil. Takkan hendak tukar domain lagi?
Sop teruskan sahaja kot. Apa pendapat rakan?

Terima kasih kerana membaca entry ini :)


EmoticonEmoticon