29 June 2012

Entry blog lambat tersenarai dalam carian Google

Domain x mesra SEO?

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

Hari ini baru perasan yang entry blog Sop lambat tersenarai dalam carian Google. Jika sebelum ini, tidak sampai sehari boleh tersenarai.

Adakah ini kerana domain yang belum mempunyai backlink?
Adakah berpunca kesilapan membuat setting meta tag dan meta description?

Jika dilihat kepada setting blogspot, telah wujud setting untuk blog melalui dashboard. Jika dulu, pengguna perlu memasukkannya ke dalam template melalui edit HTML template. Sop telah memasukkan ke dua-duanya. Adakah ini memberi kesan konflik kedua-dua setting tersebut?

Kemusykilan yang perlu dicari jawapan. Jika ini berlaku, adalah amat merugikan kerana entry blog lambat di claw oleh Google. Mesti ada kesilapan dimana-mana.

Sop perasan semasa entry Eyriqazz vs Denaihati, siapa HEBAT? cepat sahaja tersenarai dalam keputusan carian Google. Hari ini Sop cuba cari tajuk entry yang Sop tulis 2 hari lepas, masih tidak tersenarai. Malah blog yang Sop ping entry lebih keluar dahulu. Sedangkan tajuk tersebut tiada persaingan dari blog lain!

Sekarang perlu membuat kajian kembali apa punca berlakunya perkara ini. Template dan setting sangat memberi kesan yang tinggi dalam menghasilkan SEO yang baik. Oleh itu, Sop perlu melihat kembali apa kesilapan yang telah dilakukan. Ia tidak baik untuk SEO dan trafik jika berterusan!

Sedang fikir-fikirkan tetapi agak pelupa apa yang telah Sop ubah dalam 2 - 3 hari ini! Huhuhuhu

Nota kaki: Ada juga yang kena tukar template atau domain karang! Hehehehe


EmoticonEmoticon