Baby Auni demam, pertama kali makan ubat

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu.

Semalam, Baby Auni sedikit meragam yang mana tidak mahu lepas dari berada dari Papa atau Mama dia. Bila letak sahaja akan menangis. Ia bermula dari tengah malam hingga hari berikutnya. Kami agak risau juga apabila Baby Auni merengek sahaja seperti ada sesuatu yang tidak kena. Sakit perut kan? Demam kah?

Badan Baby Auni sedikit panas tetapi kepala tidak panas. Pada hari Jumaat, terpaksa Sop mengambil cuti untuk membawa Baby Auni ke klinik. Semasa periksa di klinik, suhu menunjukkan Baby Auni tidak demam. Namun, keadaan Baby Auni sangat tidak aktif, lemah sahaja dan ingin tidur sahaja. Bila letak di atas katil pasti menangis tidak mahu lepas dari pangkuan.

Sebelah malamnya keadaan masih sama, kami bawa Baby Auni ke klinik lain pula. Doktor sahkan Baby Auni sedikit demam. Patutlah lemah sangat Baby Auni, tidak seperti biasa. Doktor memberi ubat demam untuk dimakan.

Pertama kali makan ubat, bagaimana agaknya?
Walaupun baru hampir 2 bulan, rasa tidak sedap ubat telah ditunjukkan. Mula Sop masukkan sedikit ubat ke mulut, terpancar di muka Baby Auni yang ubat itu tidak sedap! [Kecil-kecil pun sudah tahu?] Bila hendak masukkan ubat seterusnya, Baby Auni mula menutup mulut seperti tidak mahu makan ubat tersebut! Sungguh tidak sangka, bukan?

Jom ikuti detik Baby Auni makan ubat untuk pertama kalinya :)

Muka yang tidak bermaya

Ubat yang diberikan oleh doktor

Mula untuk diberikan ubat

Rasa yang pertama

Berikutnya mulut ditutup

Sedih tengok muka menahan dari tidak mahu makan ubat [kena makan ubat untuk sembuh yer Baby Auni]

Dengan sedikit pujukan, ubat dapat dimakan sedikit demi sedikit. Walaupun hanya 1.5ml tetapi perlu diberi seperti hendak makan 5ml. Kesian juga bayi baru 2 bulan telah dipaksa makan ubat demam tetapi kena bagi juga. Beza dengan bayi kecil dengan bayi besar, dia tidak tahu menangis untuk menyatakan tidak mahu makan.

Semalam, selepas makan ubat tersebut Baby Auni kembali segar. Badan tidak panas lagi dan boleh tidur dengan lena. Tidak lagi merengek hendak berada dipangkuan orang.

Baby Auni demam mungkin berjangkit dari Azfar dan Azwar yang sebelum itu juga demam. Biasalah kan? Jika ada anak yang demam, pasti anak lain juga akan berjangkit.

Terima kasih kerana membaca entry ini :)
Previous
Next Post »