Update ranking LELAKI KACAK vs lelaki beriman

Selamat sejahtera kepada rakan-rakan [lelaki kacak dan wanita comel]. Semoga ceria dan sihat selalu :)

Update ringkas mengenai perang SEO keyword LELAKI KACAK untuk hari ini. Sebelum itu, Sop mohon maaf jika ada rakan yang mula bosan dengan entry yang berkaitan LELAKI KACAK sahaja akhir-akhir ini. Sop tidak pasti bagaimana terus terpengaruh dengan perang SEO ini. Mungkin keterujaan apabila pertama kali sertai dan perasaan ingin belajar itu menebal.

Sebelum ini, ada dinyatakan dalam entry ranking SEO Lelaki Kacak yang mana hasil carian keyword LELAKI KACAK untuk blog Sop berada di page 8. Jauh ketinggalan pada hari pertama penyertaan namun tetapi gembira kerana entry tersebut telah di index oleh Google.

Dua hari lepas, Sop masih menyemak dan nampaknya ranking semakin naik ke page 4 dan kelihatan prestasi semakin baik mungkin hasil usaha meninggalkan link diruangan komen dan shoutbox. Malam semalam, Sop cuba membuat ping entry dari lama web yang jenis ping banyak ke web [seangkatan dengan pingler.com] tiba-tiba pagi semalam apabila membuat carian terus tiada dalam senarai. Mana sudah pergi? Google sudah kesan dan chop URL tersebut sebagai SPAM ker? Cari punya cari sampai ke belakang tidak muncul juga.

Kerana sedih, Sop buat entry baru dengan tajuk LELAKI KACAK | LELAKI KACAK. Lagipun, memang penganjur minta semua peserta membuat entry berterusan keyword lelaki kacak :) Malam tadi seperti biasa, semak ranking lagi, tengok prestasi entry  LELAKI KACAK | LELAKI KACAK dan telah diindex oleh Google pada page 12. Wadus, jauh kebelakang! Maklum sahaja masing-masing telah menambah entry dan jumlah keyword semakin bertambah dan persaingan semakin sengit! [Berpeluh Sop] Huhuhu

Malam ini [jam 1.00 pagi] semak lagi keyword LELAKI KACAK, dan tadaaa!.. Entry Lelaki kacak vs lelaki beriman telah muncul kembali! Wah, gembira! Terkejut! Ia berada page pertama! Macam mana boleh ada di situ? So, biasanya apabila kita banyak melawat blog sendiri, cookies akan banyak berada PC kita. Itu yang ia boleh berada dalam page pertama. Mungkin rakan-rakan cuba cari keyword LELAKI KACAK mesti keluar list lain, bukan?

printscreen LELAKI KACAK
print screen keyword lelaki kacak malam tadi

Tidak kesahlah, yang penting entry  Lelaki kacak vs lelaki beriman kembali :) Suka entry itu sebab ia ada banyak komen-komen yang membina dari rakan-rakan.

Terima kasih kepada semua rakan yang selalu memberi komen. Sop tidak jemu untuk membalas komen anda :)
Previous
Next Post »