Sedia untuk ke sekolah dengan motor?




Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

Sedia untuk ke sekolah?
2 bulan ini, Azfar dan Azwar akan ke sekolah dengan Sop menggunakan motor. Sebelum ini, biasanya mereka akan naik kereta sehingga berhampiran sekolah, baru tukar naik motor dengan Sop. Oleh kerana Mrs sedang berpantang, jadi mereka terus Sop bawa menggunakan motor dari rumah.

Adalah berisiko sedikit apabila membawa motor. Maklum sahaja kenderaan kecil, selalu diperkecilkan oleh kenderaan lain [cam tu ek?] Oleh itu, perlu berhati-hati selalu sepanjang perjalanan. Di Kuala Lumpur ini, bawa laju pun bahaya tetapi bawa perlahan lagi bahaya kerana semua kenderaan laju!

Azfar dan Azwar memang suka naik motor, jadi tiada masalah langsung untuk menghantar mereka ke sekolah. Oleh kerana bawa 2 orang, jadi Azfar duduk belakang dan Azwar pula di hadapan. Terpaksalah naik motor secara bertiga! Harap Encik Polis tidak marah jika terserempak :)

Semoga kami sentiasa dilindungiNya dan selamat sampai ke destinasi... Amin
Previous
Next Post »