Pemeriksaan Baby Auni di Klinik Kesihatan Setapak

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hari ini adalah kali ketiga pemeriksaan Baby Auni untuk melihat laporan kuning. Walaupun kuning semakin kurang, Sop tetap bawa untuk pemeriksaan. Doktor telah beri temujanji pada pemeriksaan lepas. Baik berjaga-jaga dan pastikan berpuas hati :)

Sebelum ini, masa ambil darah pasti Baby Auni menangis tetapi hari ini agak hebat yang mana Auni tidak menangis pun. Jururawat yang mengambil darah pun hairan.

Mungkin sebab kali ketiga ambil darah, Auni tidak lagi sakit sangat atau telah jadi kebal? Huhihu

Keputusan darah menunjukkan kuning semakin kurang. Doktor memberi temujanji lagi sekali hari Jumaat ini. Jika tiada apa, itu yang terakhir untuk pemeriksaan kuning. Lepas ini tunggu untuk suntikan sebulan. :)


Previous
Next Post »