11 May 2012

Malas nyer hendak bersenam

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga sihat-sihat selalu.

Malas sungguh untuk bersenam! Berapa lama sudah tidak bersenam (pikir jab) oh, sudah lupa :)

Walaupun tahu bersenam baik untuk kesihatan tetapi masih malas! Lebih suka duduk lepak santai membesarkan bahagian yang mudah membesar :) Anda ada alami ini?

Jika ya, selamat datang ke club Sop :) hehehe

Sedar tentang kepentingan bersenam tetapi masih liat Sop untuk bersenam. Kemudahan ada, ruang ada, apa lagi yang tiada?

Sop, kuatkan semangat! (pesan dalam diri) Jaga kesihatan, jika sudah sakit, lagi susah hendak bersenam!

Sekarang ini, banyak tugasan hanya duduk, kemudahan pula menjadikan manusia lebih malas (sop la tu), jika boleh semua hendak senang! Duduk rumah, semua perkara boleh buat! Tidak perlu keluar rumah! Semua dihujung jari! Sop pasti semua ingin keadaan tersebut bukan?

Masih ingat dulu di kampung masa kecil, berlari satu kampung main kejar-kejar. Tiada masalah! Hendak ke rumah saudara mara hanya berjalan kaki tanpa rasa letih! Tapi sekarang? Rasa jauh sangat sedangkan jarak masih sama. Hendak ke mana-mana, naik kenderaan. Malah jika ke pasar raya, kalau boleh hendak parkir depan pintu masuk atau drive tru terus lagi bagus!

Banyak pula Sop melalut sedangkan entry asal hendak tulis pasal motivasi bersenam untuk kesihatan. Kekurangan menulis entry melalui telefon, ini salah satu. Kurang fokus dan suka merapu. Hejehehe

Tengah tunggu anak-anak bersenam, sempat juga Sop bersenam jari. :) Dapat satu entry merapu. Huhuhu





EmoticonEmoticon