LG Cinema 3D Smart TV party SURAM?

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Terima kasih kerana singgah ke blog Riwayat Hariku :)

Siapa pergi ke LG Cinema 3D Smart TV party malam tadi?
[Sop x kenal sapa pun, mungkin x cam. Ada beberapa blogger yang biasa nampak tp x sempat tegur kerana masing-masing busy jer nampak.... hehehehe]

Jika pergi, apa pendapat anda?

Acara yang diaturkan untuk memperkenalkan TV berbaru keluaran LG iaitu LG Cinema 3D Smart TV. Semasa melihat LG Cinema 3D Smart TV, Sop sangat kagum dan teruja! Teknologi yang terkini dan hebat telah menjadikan TV bukan sekadar TV lagi. Semasa melihat LG Cinema 3D Smart TV, ia betul-betul seperti wayang 3D. Dengan paparan yang besar dan jelas menjadikan LG Cinema 3D Smart TV ini kelihatan sangat hebat!

Beberapa ciri menarik dengan LG Cinema 3D Smart TV ialah seperti berikut:

  • Paparan jelas dengan LED
  • Frame tepi yang nipis
  • TV yang nipis
  • Boleh tukar dari tayangan 2D kepada 3D. Tidak perlu menggunakan tayangan 2D untuk melihat 3D
  • Saiz LG Cinema 3D Smart TV terbesar iaitu 72"
  • Pelbagai fungsi iaitu Dual Display, gaming, browser dan sebagainya
  • Magic remote
  • WiFi
  • Sambungan kepada peralatan lain seperti PC, telefon bimbit, camera, USB conneted dan sebagainya

LG Cinema 3D Smart TV pasti menjadi idaman semua.
Harga untuk LG Cinema 3D Smart TV 42" ialah RM17,999 [kalau tidak salah] Memang tidak mampu untuk Sop miliki :)

Untuk acara LG Cinema 3D Smart TV party, Sop ingin komen beberapa perkara kerana ia sedikit membosankan. Walaupun ia menggunakan LG Cinema 3D Smart TV party tetapi suasana tidak seperti parti. Sop hanya rasa seperti acara pelancaran produk dan memperkenalkan produk terbaru. Terlalu formal dan kusam.

Pendaftaran sedikit lambat disebabkan penganjur belum bersedia sedangkan dalam emel ditegaskan supaya tepat pada jam 6.30 petang.

Susunan pengambilan makanan tidak efisyen yang mana blogger terpaksa beratur panjang, tempat untuk makan tidak mencukupi, makanan habis dan tidak sempat ditambah, menu makanan kurang menarik dan sedap. Apabila diserbut parti, sepatutnya suasana acara LG Cinema 3D Smart TV lebih meriah dan ceria. Mungkin perlu diadakan permainan atau mimic yang lain.

Sop lihat ramai yang mula beredar selepas selesai makan malam walaupun dimaklumkan bahawa acara sehingga ke jam 10.00 malam. Sop pun salah seorang yang balik selepas makan. :)

Mohon maaf kepada Nuffnang dan LG Malaysia atas komen di atas. Sebelum ini, setiap party Nuffnang yang Sop sertai sangat happening, menarik, hebat :)

Galeri gambar:






























Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
KiD
AUTHOR
24 May, 2012 14:15 delete

aku yg baju kuning. hehe

Reply
avatar
KiD
AUTHOR
24 May, 2012 14:15 delete

aku yg baju kuning. hehe

Reply
avatar
gnesop poseng
AUTHOR
24 May, 2012 20:07 delete

Iyer ke bro, sorry x kenal nak tegur. Hehehe
next event kalau jumpa kita srmbang yek :)
Thx bro ats komen

Reply
avatar
Aju Mohit
AUTHOR
26 May, 2012 06:21 delete

Bolehlah dikatakan tak lah rasa kecewa sgt tak dpt mhadiri party ni malam tu ;)

Reply
avatar