Promosi nasi ayam potongan harga 50%

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Suka makan nasi ayam?
Suka lepak di Mali's Corner?

Promosi separuh harga oleh Mali's Corner Danau Kota sempena penambahan menu baru mereka iaitu nasi ayam hainam. Agak lama juga menu nasi ayam tersebut telah terpapar sebagai akan datang.

Bermula 10 April 2012, nasi ayam hainan mula dijual. Untuk itu, promosi separuh harga telah diadakan oleh Mali's Corner yang mana harga asal ialah RM5. Dengan potongan 50%, pelanggan menikmati harga dengan RM2.50 sahaja.

Promosi separuh harga ini hanya untuk 11 hingga 17 April sahaja.

Sop tadi telah mencuba nasi ayam tersebut kerana kebetulan ingin mendapatkan nasi lemak. Apabila terpandang promosi tersebut, terus beli 2 bungkus.

Rasa sedap dan sama seperti nasi ayam lain. Selepas ini ada lebih pilihan untuk makan di Mali's Corner selain nadi lemak dan char kuew teow. Lebih ramai pengunjung selepas ini agaknya ;)

Bagi yang tinggal berhampiran dengan Danau Kota, boleh rasa promosi nasi ayam Mali's Corner segera. Tadi ramai yang beli berbungkus-bungkus sebab harga promosi. RM2.50, siapa tidak mahu beli lebih? Bukan senang hendak dapat ;)

Terima kasih kerana membaca entry ini.

Previous
Next Post »