Mrs Sop selamat melahirkan bayi perempuan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Alhamdulillah, syukur kepadaNya yang telah memudahkan segala urusan hari ini dan memberi zuriat yang comel.

Bayi dalam keadaan baik dan Mrs Sop pun sihat.

Kali ini Sop berkesempatan menemani Mrs Sop di bilik bersalin. Tidak semasa Azfar yang Sop ke masjid menunaikan solat Jumaat dan Azwar pula tidak boleh menunggu di luar bilik bersalin hingga terlepas jururawat untuk panggil.

Sop masuk pada jam 10.45 pagi dan jam 11.19 pagi bayi selamat bersalin. Ketika urusan selepas bersalin oleh jururawat, Sop berkesempatan memegang sementara sebelum diambil jururawat untuk dibersihkan. Memang Mrs Sop hendak sangat Sop teman semasa bersalin.

Sekarang sedang menanti di luar bilik bersalin untuk dibawa ke wad.

Lepas ini bermula kisah baru dalam keluarga apabila bertambahnya ahli keluarga. Apa reaksi Azfar dan Azwar dengan adik nanti?

Yang pasti keluarga Sop akan bertambah ceria :)

Jom berkenalan dengan Auni Awatif :




Previous
Next Post »