Tak Nak: Rumusan hari ke enam

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga dicucuri rahmat dan dilindungi selalu.

Hari ini telah hampir seminggu program Tak Nak berlangsung. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Permulaan yang agak baik buat Sop yang mana boleh mengurangkan jumlah rokok yang dihisap. Tidak sangka pula mampu melakukan pengurangan ini. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menyokong Sop.

Hari ini berada di rumah. Perasaan ingin merokok lebih menebal berbanding di pejabat yang mana Sop lebih sibuk. Apabila banyak ruang kosong, mula rasa hendak merokok!

Namun, Sop berjaya untuk menahan keinginan dan prestasi sama seperti hari bekerja. Jumlah rokok yang dihabiskan ialah 5 batang. Kesan paling utama apabila tidak merokok di rumah ialah mengantuk! Sebelum tengah hari, tidur sekejab. Selepas Zohor terlena lagi semasa menonton TV. Mungkin tiada perangsang untuk kekal berjaga. Lagipun, berada di rumah memang banyak berehat. Huhuhu

Terima kasih kerana membaca entry program Tak Nak ini.
Previous
Next Post »