29 March 2012

Mencari Aura Blogger Hebat

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Moga sihat dan ceria selalu.

Membina blog tidak sukar dan semua orang mampu membina blog. Sekarang ini, pelbagai jenis blog telah wujud berbanding dahulu hanya blog berkisah cerita peribadi sahaja. Antara jenis blog yang ada seperti blog hiburan, blog politik, blog gosip, blog berita, blog iklan dan sebagainya. Blog mampu memberi lebih banyak info dalam bentuk lebih santai.

Walaupun blog mudah dibina tetapi untuk mendapatkan pembaca blog, itu yang susah!

Dalam banyak blog yang dibangunkan, tidak semua mampu mendapat jumlah pembaca yang tinggi terutama blog peribadi. Berbeza dengan blog jenis lain yang lebih kepada SEO yang mana punca trafik boleh didapati dari injin carian.

Bagaimana blog peribadi boleh mendapat ramai pembaca?
Jika dilihat, kebanyakkan blog peribadi mendapat trafik dari pembaca tegar yang mana sentiasa hadir untuk membaca setiap entry. Jika dilihat, blog mereka yang popular tidak begitu hebat. Blogger baru mampu membuat entry seperti itu tetapi aura blogger yang dimiliki menjadikan ia mendapat perhatian pembaca. Aura Blogger seperti ini yang perlu dicari oleh setiap blogger. Seperti mana Mawi, aura beliau sebagai penyanyi dan penghibur sangat tinggi semasa rancangan Akademi Fantasi. Kenapa beliau sangat-sangat diminati? Mesti ada aura yang menarik orang ramai menyukai beliau.

Aura blogger boleh dimiliki dengan beberapa faktor seperti berikut:

  • Seseorang yang berpengaruh seperti pemimpin, 
  • Telah dikenali seperti artis, pengacara, model
  • Mempunyai rupa menarik seperti model, artis
  • Mempunyai maklumat seperti info teknologi, berita, tutorial, 
  • Mempunyai bakat penulisan seperti mampu menghasilkan cerita, berkongsi pengalaman,
Walaupun kita tidak mempunyai ciri-ciri di atas, namun kita masih boleh mencari aura blogger sendiri. Bina keunikan blog melalui penulisan, perkongsian, penceritaan dan sebagainya supaya pembaca menarik minat kepada blog kita. Cuba kita selami diri dan cari apa keistimewaan yang ada yang membolehkan dijadikan sebagai aura blogger yang unik.

Dengan adanya aura sebagai blogger yang hebat, kita mampu menghasilkan blog yang berjaya. Tidak mudah untuk berjaya dan semua blogger yang hebat bermula dari bawah. Pengalaman akan mendewasakan kita untuk lebih berjaya.

Apa pandangan anda?

Komen Sop: Masih tercari-cari aura blogger yang hebat :)


EmoticonEmoticon