Kurang kesedaran kepentingan beratur

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sejak bangku sekolah lagi kita diajar untuk beratur. Dalam perhimpunan, masa beli makan, hendak nak ke kelas dan sebagai nya.

Namun bila berada dalam masyarakat budaya beratur hilang begitu sahaja kerana desakkan sekeliling. Jika makan di kedai fast food, sistem telah dibuat dengan baik yang mana pelanggan mudah untuk beratur.

Kedai dan warung selalu menjadi masalah yang mana kelihatan masing-masing berebut untuk mendapatkan barang. Paling jelas ialah di pasar malam, jika ada gerai yang ramai pelanggan pasti alam ada situasi 'aku hendak dulu'.

Sop selalu terkena kerana tidak pandai untuk berebut. Kita tunggu sahaja peniaga bertanya apa yang kita hendak  tetapi ada pelanggan yang datang terus buat pesanan.  Apabila peniaga pula tidak cakna, maka hanya mereka yang berada dekat tengah atau depan sahaja diberi perhatian. Kesannya mana yang datang dulu dapat kemudian.

Kadang kala lebih teruk dari budak sekolah. kalau budak sekolah boleh kita arahkan beratur tapi ini semua dah dewasa, macam mana?

Dalam begitu, ada juga yang faham tentang siapa dulu dan sebalik nya. Jika dia tahu siapa yang dulu diberi ruang dahulu. Kesedaran seperti ini yang perlu ada. Jangan pentingkan diri sendiri.

Semoga sikap rakyat kita akan maju seperti kemajuan negara.

Previous
Next Post »