Bila buat blog baru bersemangat, lepas tu?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Moga dilindungi dan gembira selalu.

Berada blog yang anda ada?
1? 2? 3? 10?
Mesti ada yang lebih dari atau tetapi ramai juga yang hanya 1 sahaja. Tidak kira seberapa banyak blog yang ada, yang paling penting sentiasa update dan mendapat pelawat :)

Sop? Adalah beberapa blog yang mana menjadi tempat cuba dan try. hehehe
Bila bosan atau mendapat idea baru, Sop akan cuba buat blog. Maklum sahaja, Google menyediakan blogspot secara percuma dan mudah untuk dibangunkan. Hanya dengan beberapa klik, siap 1 blog. Tunggu masukkan entry sahaja!

Masa baru buat, pasti semangat berkobar-kobar untuk membuat entry. Sehingga berjela-jela entry dan berpusu-pusu entry dipublish. Mesti penat blogspot masa tu :)
Namun begitu, semangat itu akan mengucup dan berkurangan! Ia hilang bagai bayu yang dibawa angin dengan perlahan-lahan hilang dan akhirnya lenyap...
Agak sukar untuk fokus untuk beberapa blog walaupun blog tersebut dibuat khas untuk copy paste sahaja. Apabila Sop mencuba membuat blog copy paste, perasaan bosan lagi cepat terasa. Blog seperti tiada nyawa! Bukan apa, saja hendak mencuba apabila lihat banyak blog berita yang dicopy dari web berita. Banyak trafik percuma yang masuk dari entry yang dicopy. Sungguh tiada kepuasan dan akhirnya blog tersadai!

Oleh itu, binalah blog yang memberi kepuasan kepada anda. Biarpun trafik tidak banyak, hasil tiada, tetapi hati puas. Puas menulis, puas memiliki blog, puas untuk berkongsi! Sop percaya, apabila penulisan kita unik, menarik, beriformasi, semua kepuasan lain akan kembali dengan sendiri.

Kekalkan semangat menulis dan terus berkongsi. Usah ada "semangat tahi ayam" dalam istilah menulis blog kerana usaha tangga kejayaan. Orang lain mampu berjaya, kenapa kita tidak?

Semoga kata-kata motivasi ini memberi semangat kepada kita semua untuk terus kekal dalam dunia blogging :)

Terima kasih kerana membaca entry yang tidak beberapa pasti, apa tema sebenarnya.. hehehe
Previous
Next Post »