Berada di Hotel Maluri, Kuala Lumpur

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Moga dirahmati dan dilindungi selalu.

Minggu ini Sop berada di Hotel Maluri kerana urusan kerja. Walaupun bilik disediakan, Sop tetap balik tidur di rumah. Taman Maluri dari rumah Sop tidak lah jauh. Lagi pun Mrs Sop telah 8 bulan, bila-bila boleh bersalin.

Ini kali pertama Sop berada di hotel ini. Sebelum ke hotel, Sop perlu ke laman web Hotel Maluri untuk melihat peta kedudukan nya. Ini kerana hotel ini berada dalam kawasan kedai. Jika dari jalan utama, hotel ini tidak boleh dilihat.

Hotel Maluri jika dilihat dari luar kelihatan biasa sahaja tetapi di dalam agak menarik. Design dan hiasan sangat kemas di sekitar lobi, bilik mesyuarat, bilik, dan ruang makan.

Dari segi makanan, variasi makanan tidak lah banyak. Makan sahaja apa yang ada. Hehehe Biasanya hanya 2 jenis lauk, 1 sayur, sup, pencuci mulut dan ulam-ulam sahaja.

Jika anda ingin mendapat view yang cantik, hotel ini bukan menjadi pilihan tetapi jika ingin melihat suasana bandar, ia sangat sesuai.

Pada pendapat Sop, hotel ini menjadi ketiga mereka yang mempunyai urusan kerja, bisnes, dan yang berkaitan.

Galeri gambar:









Previous
Next Post »