Lama tidak jenguk wangcyber.com

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Moga dilindungiNya selalu :)

Anda aktif mencari pendapatan internet?
Jika ya, pasti sudah biasa dengan laman forum wangcyber.com yang mana ramai penjana duit dari internet berkongsi, mempromosi, mengumpul maklumat, berbincang dan sebagainya di laman tersebut.

Sop dulu selalu juga singgah untuk mendapatkan maklumat tentang menjana wang dari internet. Memang banyak teknik dan cara yang boleh digunakan tetapi semua bergantung kepada usaha masing-masing. Tiada jalan yang mudah untuk berhaya walaupun iklan yang biasa diguna oleh ahli wangcyber.com nampak mudah. Huhuhu

Hari ini sempat singgah ke laman wangcyber.com. Fokus masih sama seperti sebelum ini yang mana masing-masing berkongsi pengalaman, mempromosi teknik dan ebook masing-masing. Tidak lari juga yang menyediakan info-info yang terkini.

Apabila melihat motivasi dari penjana wang internet di wangcyber.com, Sop rasa kagum. Ada yang menjalankan internet makertibg (IM) secara sepenuh masa, ada penulis tegar, ada forex tradder dan sebagainya. Semua dilakukan secara bersungguh-sungguh. Hasilnya? Usaha adalah tangga kejayaan :)

Buat masa ini, Sop masih tidak lagi betul-betul mengejar pendapatan internet. Mana yang dapat itu, adalah rezeki dan buat sekadar termampu. Sekarang ini, hendak kejar trafik blog pun tidak kesempatan :)

Previous
Next Post »