Jangan potong barisan, makcik!

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.

Bila baca tajuk entry, agaknya cerita apa yer?
Ramai sudah boleh agak bukan?

Ceritanya pagi tadi yang mana dalam perjalanan ke tempat kerja. Tengah "syok" menunggang ke tempat kerja tiba-tiba berderau darah kerana terpaksa brek kecemasan. Speed biasa motosikal Honda EX5 iaitu 180km/h (sila abaikan nombor 1) di Jalan Duta tiba-tiba kereta dihadapan brek mengejut! Dengan sepantas kilat, Sop pun terpaksa brek kecemasan! DengN kelajauan ketika itu, walaupun tayar berbunyi motosikal masih mengelusur laju. Suasana semakin cemas apabila buntut kereta MyVi makin dekat dengan tayar hadapan motosikal Sop.

Nasib baik ketika dekat, kelajuan motosikal makin perlahan. Lega! Jika tidak, pasti buntut MyVi akan dicium sepuasnya. Hahaha

Apabila dilihat di depan, sebuah kereta kancil yang potong barisan untuk ke Jalan Masjid Wilayah. Disebabkan beliau terjulur keluar untuk masuk barisan di lampu isyarat, kereta di belakangnya tidak dapat terus dan perlu berhenti. Sungguh angin satu badan dengan sikap pemandu seperti berikut.

Bayangkan jika berlaku perkara tidak diingini, pasti Sop yang susah menanggung kerugian. Bukan beliau yang bersalah menyebabkan kemalangan tersebut! Padahal punca dari beliau yang menyebabkan kesesakan tersebut!

Melepasi keteta makcik berbangsa cina tersebut, kereta di depan menekan horn tanda tidak puas hati. Sop dengan kekuatan horn EX5 tidak melepaskan peluang menunjukkan ketidakpuasan hati dengab menekan horn kekuatnya walaupun horn bunyi tidak kuat. Hehehe

Moral of the story, berhati-hati dijalan raya. Walaupun kita pemandu cermat, kena berhati-hati juga. Bukan sahaja diri sendiri boleh menyebabkan kemalangan, tetapi orang lain juga.

Terima kasih kerana membaca entry ini :)


Previous
Next Post »