Hari pertama Azwar bersekolah

Salam 1Malaysia semua rakan.
Semoga hari ini dipenuhi dengan keceriaan. Amin

Hari ini merupakan hari pertama Azwar bersekolah. Tadika Adik-adik telah memulakan persekolah lebih awal berbanding sekolah kerajaan di Kuala Lumpur untuk proses suaikenal.

Malam tadi, Azwar telah dimaklumkan tentang hari ini akan ke sekolah. Alhamdulillah, pagi tadi beliau tiada masalah untuk bangun awal dan bersiap.

Proses berada di kelas juga berjalan lancar. Azwar tiada masalah untuk bergaul dan mengikut apa yang cikgu ajar. Malah kelihatan sentiasa tersenyum kerana teruja untuk bersekolah.

Dalam ramai-ramai yang bersekolah di sini, kebanyakkan tiada masalah hanya beberapa orang murid sahaja agak takut dan tidak selesa. Mungkin hari pertama dan belum bersedia. Seperti Azwar, Sop telah tanam semangat untuk ke sekolah dan mengajar sedikit-sebanyak asas ke sekolah. Dengan pendedahan awal, beliau akan lebih bersedia untuk bersekolah.

Azwar dimasukkan ke Tadika kerana tidak berjaya permohonan masuk ke pra sekolah. Terdapat permohonan yang ramai untuk masuk pra sekolah kanak-kanak 6 tahun. Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak 6 tahun dan Azwar baru 5 tahun. Harap tahun depan Azwar dapat masuk ke pra sekolah.

Esok adalah hari Azfar mendaftar ke pra sekolah. Sop tidak risau sangat Azfar kerana ini adalah tahun kedua beliau bersekolah.

Galeri gambar:






Previous
Next Post »