Bercuti di Bukit Gambang Resort City (BGRC)

Salam1Malaysia dan selamat sejahtera kepada semua rakan.
Moga dilimpahi dengan rahmatNya dan gembira selalu.

Bukit Gambang Resort City pasti tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia. Cuma ada yang telah singgah dan ada yang belum. Seperti Sop, baru sahaja kesempatan singgah untuk bercuti. Tarikan utama Bukit Gambang Resort City ialah Bukit Gambang Water World atau Taman Tema Air Bukit Gambang. Oleh sebab itu, pengunjung akan memilih untuk singgah ke Bukit Gambang Resort City untuk menginap.

Selain taman tema air, terdapat banyak tarikan lain yang tersedia di Bukit Gambang ini. Oleh sebab itu, Bukit Gambang Resort City menjadi juga tempat untuk berkursus, seminar, hari keluarga dan sebagainya.

Bukit Gambang Resort City menyediakan hotel apartment kepada pengunjung yang mana setiap apartment memiliki 2 bilik tidur, 2 bilik air, dapur dan balkoni. Cukup selesa untuk datang secara bekeluarga atau berkumpulan. Kemudahan yang disediakan di bilik ialah asas seperti hotel lain seperti katil, TV, water heater, penghawa dingin, peti ais mini dan lain-lain.

Bukit Gambang Resort City juga menyediakan kemudahan kolam renang, cafeteria, kedai runcit, pusat hiburan seperti permainan video, karaoke, snooker dan sebagainya. Paling menarik, terdapat pakej outdoor yang disediakan kepada pengunjung yang berminat seperti kenderaan ATV, flying fox, jungle tracking, paint boll, dan lain-lain lagi. Pusat aktiviti outdoor ini hanya berada di depan resort sahaja. Memang tiada masalah untuk berhibur dan berehat ketika berada di sini.

Kemudahan internet WiFi di sediakan tetapi hanya di loby resort sahaja. Jika bilik apartment berhampiran/sekitar ruang lobi, kemungkinan anda boleh menerima WiFi tersebut. Pengguna internet DiGi seperti Sop akan menerima GPRS sahaja. Perkhidmatan lain, tidak pasti pula tetapi rasanya lebih kurang sahaja kerana tempat ini agak jauh dari pekan atau pusat bandar.

Sekiranya anda tidak berminat untuk makan di hotel, terdapat kedai-kedai makan di luar kawasan Bukit Gambang Resort City. Harga lebih murah dan banyak pilihan. Namun begitu, anda perlu keluar dari Bukit Gambang Resort City dengan menaiki kenderaan. Terdapat kawasan kedai dan perumahan yang baru dibangunkan di sekitar Bukit Gambang Resort City itu.

Tumpuan kami ke Bukit Gambang Resort City hanya untuk ke Taman Air Bukit Gambang sahaja. Oleh sebab itu, kami hanya menginap 3 hari 2 malam sahaja. Ikuti entry tentang Taman Tema Air Bukit Gambang dalam entry berikutnya.

Galeri gambar:







Previous
Next Post »