17 December 2011

Ingin beli motor cup murah-murah

Salam 1Malaysia semua.
Selamat hari minggu.

Dalam minggu ini, Sop agak sibuk melawat mudah.my untuk mencari motosikal jenis cup untuk dijual. Agak susah hendak dapat motosikal dalam bujet dikehendaki. Mulanya cari motosikal bawah RM1k sahaja, memang tiada kecuali motor dalam keadaan teruk.

Bila up bajet RM1500, kebanyakkan motor modenas kriss yang hendak dijual. Sop pernah pakai kriss, dan kalau boleh hendak jenis berbeza pula. Takkan jual kriss, beli kriss :-)  Ada beberapa motor yang berkenan di iklan tetapi apabila dihubungi, ia telah dijual. Tak reti-reti hendak delete iklan kat mudah.my? Habis kreatit call sahaja. Hehehe

Jika pikir beli motor baru terasa sangat rugi pula kerana tujuan motor cup ini hanya untuk hantar anak ke sekolah dan kerja sahaja. Rasanya motor lama sikit pun ok. Janji boleh diguna pakai. Kalau nak bergaya, kenala beli motor besar kan? Hehehe

Kepada rakan-rakan yang hendak jual motor, atau ada maklumat tentang ini, sila maklum kepada Sop. Tengah cari sangat ni. Beli dari tangan orang lagi murah dari beli dikedai. Begitu juga dengan jual.

Terima kasih kerana membaca entry ini.

Nota kaki: Gambar hanya untuk hiasan. Sop bukan hendak beli motor ini :) Motor kecik sahaja



EmoticonEmoticon