28 December 2011

DiGi iPhone 4SURE SIRI ANSWERS

Salam 1Malaysia semua rakan.
Ini adalah entry ke 4 mengenai DiGi iPhone 4S. Ia adalah entry penyertaan peraduan Win the DiGi iPhone 4Showdown! oleh Nuffnang. Rasanya ramai yang menyertainya kerana hadiah yang ditawarkan adalah iPhone 4S. Walaupun untuk menang adalah nipis tetapi semangat pertandingan tetap diteruskan. Bak kata pepatah "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?" Sekurang-kurangnya maklumat tentang pakej DiGi iPhone 4S dapat dikongsi dan rakan-rakan tidak terlepas peluang terbaik ini.

DiGi dan Siri adalah gabungan yang terbaik kerana Siri memerlukan internet yang terpantas, terluas dan termantap untuk mendapat jawapan yang terbaik. Jika tiada bekalan internet yang terbaik, bagaimana hendak memberikan jawapan terbaik?

Bayangkan jika anda mempunyai kereta yang canggih (sedang bayangkan kereta Ferrari) tetapi tiada minyak. Bagaimana hendak bergaya dengan kereta tersebut?

Atau juga bayangkan anda mempunyai sistem video - audio yang tercanggih (sedang bayang set home theater) tetapi bekalan elektrik terputus-putus. Bagaimana hendak menonton filem yang menarik?

Begitu juga dengan DiGi dan Siri, hanya sia-sia mempunyai DiGi iPhone 4S yang canggih tetapi tiada pelan internet yang hebat. Andap pasti akan kecewa dengan prestasi Siri dan juga DiGi iPhone 4S.
It has so much to tell you.
When there’s something you need to do, just ask Siri to help you do it. Siri uses almost all the built-in apps on iPhone 4S. It writes and sends email messages and texts. It searches the web for anything you need to know. It plays the songs you want to hear. It gives you directions and shows you around. It places calls, schedules meetings, helps you remember, and wakes you up. In fact, ask Siri what it can do — it even speaks for itself.
Jika dilihat kepada ciri-ciri Siri berikut, ia akan mendapatkan segala maklumat yang terdapat di internet untuk diberikan kepada anda. Bagaimana hendak mencari semua maklumat (jumlah yang besar terdapat diinternet) dalam masa yang cepat untuk diberikan kepada anda. Jika tidak mantap internet anda, mungkin hari ini anda bertanya, esok atau minggu depan baru Siri boleh beri jawapan. Sungguh kesian dengan anda.

Atau juga, jika anda memerlukan jawapan segera tetapi talian ineternet tiada di kawasan anda berada, bagaimana hendak mendapat jawapan dari Siri?

Oleh sebab itu, liputan terluas dan terpantas adalah sangat penting kepada Siri. Jika ditanya kepada Siri, pasti dia angguk bersetuju dengan kenyataan Sop. Anda mengangguk juga? Hehehe

Dengan DiGi, Siri pasti gembira membantu anda. Ia boleh berfungsi dengan sepenuhnya seperti yang diharapkan. Tidaklah anda hanya setakat memanggil Siri dan Siri memanggil anda. Dalam entry sebelum ini (klik sini), Sop ada nyatakan ciri-ciri Siri yang pasti mengujakan.

Jom lihat temubual Sop bersama Siri (versi syok sendiri):





Hehehe.. Jangan marah...

Terima kasih kerana membaca entry ini.


EmoticonEmoticon