Teruja ERA FM Twitter follow Sop

Salam 1Malaysia kepada semua rakan-rakan.
Semoga berada dalam keadaan sejahtera bersama keluarga dan sahabat handai.

Twitter diguna oleh Sop secara santai sahaja. Kadang-kadang aktif, kadang-kadang tidak. Ia agak berbeza berbanding Facebook yang lebih ringkas. Bagi yang baru dalam dunia Twitter, pasti akan sukar untuk berborak atau membuat komen. Itu yang Sop rasa mula-mula menggunakan Twitter ini.

Kembali kepada tajuk entry, yang mana malam tadi Twitter ERA FM telah follow akaun Twitter Sop. Sop follow ERA FM memang telah lama :) Jika kita follow artis, sumber media dan sebagainya adalah biasa.

Memang teruja apabila media yang besar boleh follow Sop yang wujud hanya nampak 'blur' sahaja dalam dunia Twitter. Ia bermula malam tadi apabila Sop Retweet status ERA FM. Tidak sangga RT tersebut telah menarik perhatian ERA FM.

Terima kasih kepada pengurus Twitter ER FM yang meng'follow' akaun Twitter Sop :)

Nota kaki: Rakan-rakan yang hendak follow Twitter Sop, amat-amat dialu-alukan diprofile http://twitter.com/gnesop
Previous
Next Post »