Menyelam di kolam sahaja

Salam Maal Hijrah kepada semua rakan-rakan. Apa aktiviti anda di hari cuti?

Dalam entry sebelum ini (Gambar Hari Ini) ada dinyatakan mengenai entry menyelam. Sebenarnya google tersebut baru sahaja dibeli untuk Azfar dan Azwar mandi manda. Apabila beli google renang biasa, selalu tidak muat dan menyebabkan air masih masuk ke mata.

Untuk penyelesaian, Sop terus sahaja beli google untuk snoocling. Boleh juga diguna pakai untuk menyelam di pantai nanti.

Setakat hari ini, mereka masih belum pandai menggunakan tibe pernafasan tetapi amat selesa menggunakan google kerana air tidak lagi masuk ke mata.

Kepada rakan-rakan yang hendak membeli google tersebut, boleh pikir-pikir jenis bagaimana hendak dibeli.

Galeri gambar:







Previous
Next Post »