Malaysia akan memang malam ini?

Salam 1 Malaysia kepada semua rakan-rakan.

Pasti semua ternanti-nanti perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia malam ini. Ramai yang membuat andaian atau tekaan kemenangan malam ini.

Semua rakyat akan menyokong pasukan negara masing-masing.

Pada pendapat Sop, Malaysia akan menang tipis dengan Indonesia. Pada ramalan Sop, mungkin Malaysia akan memang 2-1 ke atas Indonesia. Kelebihan bermain di tempat sendiri dengan jumlah penyokong yang ramai pasti memberi kelebihan.

Dengan semangat Yakin Boleh! pasti Malaysia akan memang!

Nota kaki: Belum tahu hendak layan di mana bola sepak malam ini. Mamak pun best nih dapat sama-sama menyorak!!
Previous
Next Post »