Sikap pemandu Malaysia?

Ni gambar hiasan ajer :)
Sikap pemandu Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding pembangunan negara?
Kita lihat negara Malaysia semakin maju, kereta semakin canggih, jalan semakin baik tetapi sikap pemandu?

Sop ingin bercerita tentang keadaan jalan raya apabila lampu isyarat yang rosak semasa ke tempat kerja. Apabila melihat keadaan tersebut, Sop tersenyum sorang diri apabila melihat kenderaan tersekat di tengah lampu isyarat tersebut. Kenapa?

Ia terjadi apabila masing-masing hendak melepasi lampu isyarat tersebut sehingga tersumbat-sumbat. Ada yang melintang, menegak, pusing dan sebagainya yang akhirnya semua tidak boleh bergerak. Ia berpunca dari sikap pemandu yang tidak mahu mengalah. Masing-masing hendak meneruskan perjalanan. Kenapa tidak boleh bertolak ansur dalam keadaan sebegini? Akhirnya semua yang rugi kerana tersekat dalam kawasan lampu isyarat tersebut.

Lampu isyarat yang menjadi peraturan pergerakan untuk selama ini dan apabila tanpanya, pemandu menjadi hilang arah. Berbeza semasa zaman menggunakan bulatan yang mana pertimbangan dan kerjamasa masih diperlukan.

Sampai bila perkara ini akan terus berlaku?
Kenapa perlu hanya mementingkan diri sendiri?

Semoga pemandu Malaysia lebih terbuka dan menjadi pemandu yang cermat, bertimbang rasa dan baik. Sikap kita perlu seiring dengan pembangunan demi kesejahteraan bersama.

Terima kasih kerana menbaca entry ini. Ingin komen? Amat-amat dialu-alukan
Previous
Next Post »