Perjalanan ke KL - Berhenti isi minyak

Selamat hari Jumaat semua rakan-rakan.

Perjalanan Sop telah sampai di Ulu Bernam dan singgah sebentar di hentian rehat untuk mengisi minyak. Dari tadi telah keluar warning perlu isi minyak. Sambil isi minyak motor, isi minyak penunggang sekali kan?

Perjalanan setakat kini adalah lancar dan sebelum hentian Tapah tadi terdapat roadblock. Alhamdulillah Sop tidak ditahan kerana sebelum sampai roadblock banyak kenderaan yang telah bagi lampu amaran. Sop pun mula perlahankan kelajuan sehingga ke roadblock. Ramai juga yang ditahan dan rasanya kes speedtrap kerana kelihatan polid sedang membaca senarai yang dipegang.

Motosikal pun tidak terlepas dari speedtrap kerana ada kawan pernah kena membawa kelajuan lebih dari had yang dibenarkan. Sebelum kena saman, baik berhati-hati kerana saman sekarang sangat mahal. Paling penting ialah untuk keselamatan anda. Patuhi had laju :)

Perjalanan ke Kuala Lumpur tidak jauh lagi. Semoga Sop selamat sampai ke rumah. Amin


Previous
Next Post »