Diari Aidilfitri - 3 Syawal

Salam Aidilfitri kepada semua rakan-rakan.
Pergi beraya ke mana hari ini?
Masih di kampung ker?

Hari raya ke 3, Sop mula balik ke Kuala Lumpur. Aktiviti 3 Syawal dimulakan dengan ke kebun ayah Sop yang berada di belakang rumah abang Sop. Seperti biasa, apabila balik ke Kuala Lumpur sedikit buah-buahan akan dibawa balik. Terdapat sedikit pisang dan dan mangga diambil untuk dibawa balik. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan sarapan pagi. Menu pagi ini ialah nasi lemak special masakan mak Sop.

Selepas semua selesai, Sop memulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur pada jam 9.00 pagi. Kami sempat singgah ke kedai keropok yang terletak di Marang dan makan otak-otak serta sata di Kuala Kemaman. Kami juga singgah beraya di rumah Abang Sop di Kemaman. Agak lama juga kami singgah yang mana dari jam 12.30 petang sampai, jam 3.00 petang baru muka tertolak kembali. Kami sempat makan tengah hari di rumah Abang Sop.

Perjalanan agak perlahan kerana terdapat banyak kenderaan di jalan raya. Ada yang pergi beraya dan ada juga dalam perjalanan balik ke kampung.

Di lebuhraya, kereta semakin bertambah. Kelihatan tempat rehat dan hentian R&R dipenuhi pengunjung.

Kami tiba di Kuala Lumpur pada jam 7.00 malam. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Galeri gambar:



















Previous
Next Post »