Berada di Empress Hotel, Sepang

Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.
Apa cerita hari ini? Mesti banyak bukan?

Hari ini Sop berada di Empress Hotel untuk urusan pejabat. Sop akan berapa di sini dari hari ini hingga hari Rabu. Perjalanan ke sini bermula petang tadi iaitu jam 5.30 petang. Jarak dari Kuala Lumpur ke hotel ini tidaklah jauh tetapi perjalanan waktu puncak menjadikan ia agak lama. Agak lama Sop tidak singgah ke sini dan kaki terakhir rasanya tahun 2008 kot.

Petang tadi semasa ke sini, boleh Sop terlepas keluar ke Nilai hingga terpaksa pusing di simpang keluar Seremban. Nasib baik tidak terlepas sampai ke Melaka, lagi haru. Hahahahaha. Di Empress Hotel ramai pengunjung jari ini kerana terdapat program murid. Kelihatan hotel sangat meriah.

Hotel ini agak baik tetapi Sop tidak suka kerana WiFi adalah berbayar. Ruang parking juga adalah terhad dan agak sesak. Yang lain adalah baik dari segi bilik, dewan dan makan.

Galeri gambar:






Previous
Next Post »