Rumah nenek terbakar gara-gara cucu main mercun

Perkara yang boleh kita elak dari berlakunya kebakaran. Pengawasan orang dewasa adalah penting semasa kanak-kanak bermain bunga api. Namun jika semua langkah berjaga telah diambil tetapi hendak terjadi juga, itu adalah ketentuanNya.

Kebakaran yang berlaku menjelang hari raya pasti menyedihkan. Semoga kita berhati-hati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda.
KOTA BAHARU: Seorang kanak-kanak nyaris terbakar akibat bermain mercun dan bunga api, namun rumah neneknya pula yang mengalami kebakaran.

Kejadian berlaku di Jalan Padang Garong dekat sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Ahmad Murshidi Fuad, 7, sempat diselamatkan oleh Wan Kalzaman Wan Mohamad, 49, yang kebetulan melalui kawasan rumah itu.

Mangsa ditemui dalam rumah itu sambil menangis dengan tangannya masih memegang mercun dan bunga api.

Menurut Wan Kalzaman, beliau melihat api membakar rumah batu setingkat itu dengan seorang remaja sedang menyelamatkan dua buah motosikal. Harian Metro)
Previous
Next Post »