Refleksi puasa hari ke 8 dan 9

Salam Ramadan kepada semua rakan-rakan.
Berbuka makan apa hari ini?

Telah selesai berpuasa Ramadan ke 8 dan ke 9. Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana diberi peluang untuk terus berpuasa.

Tiada banyak beza untuk puasa hari ke 8 dan 9 berbanding dengan hari-hari puasa lain. Pada hari Isnin agak mengantuk semasa bertugas kerana tidur lewat. Selepas sahur, Sop telah selesa tidak tidur sehingga bersiap untuk ke tempat kerja. Pada hari awal puasa, terasa sangat mengantuk selepas sahur.

Malam tadi Sop tidak bawa Azfar dan Azwar ke masjid kerana telah didenda membuat bising di masjid.

Hari semalam dan hari ini Sop berbuka di rumah mertua. Ini kerana hari bekerja, hanya bapa dan mertua sahaja ada di rumah. Jika di hari minggu, anak-anak lain ada balik ke rumah.

Aktiviti malam Azfar dan Azwar selepas Magrib ialah bermain bunga api. Setiap hari diminta untuk bermain bunga api. Jika tiada, diminta untuk dibeli di pasar Ramadan.
Malam ini selipar telah hilang di masjid. Siapa agaknya yang telah ambil selipar Sop? Terpaksa balik pakai selipar yang berlainan sebelah yang terdapat di masjid. Apa lah, Ramadan pun ambil selipar orang? Atau tersalah sarung, mungkin.

Terima kasih kerana membaca entry ini.

Galeri gambar:








Previous
Next Post »