06 August 2011

Refleksi puasa hari ke 5 tahun 2011

Sedar tidak sedar, telah 5 hari kita berpuasa. Rasanya baru sahaja semalam baru mendengar pengumuman puasa.

Refleksi puasa hari ke 5 bermula pada sahur. Menu sahur seperti biasa perlu ada nasi dan lauk. Tidak kisah walau hanya satu lauk yang penting ada nasi.

Hari ini agak kelam kabut ke tempat kerja. Jalan agak sesak berbanding hari sebelum-sebelumnya.

Di pejabat juga, kerja banyak menanti selepas 3 hari tinggalkan pejabat. Kesibukkan mengejar tugasan menyebabkan masa berlu dengan cepat.

Hari ini Sop solat Jumaat di Masjid Wilayah. Semasa menanti masuk waktu, Sop dan rakan melepak di ruang bawah. Kelihatan ramai sedangkan rehatkan badan dengan berbaring. Sop cuba bertahan dari untuk terlelap dan cubaan adalah berjaya. Namun begitu, keadaan adalah sebaliknya apabila mendengar khutbah yang mana beberapa kali Sop terbabas.

Hari ini Sop berbuka di rumah mertua. Menu berbuka seperti biasa dan sederhana. Apa yang penting ialah tidak membazir. Sop sempat ke pasar Ramadan untuk membeli sedikit juadah tambahan.

Selepas Magrib, sempat melayan Azfar dan Azwar bermain bunga api. Kemudian, kami balik ke rumah. Semasa bersiap untuk ke Masjid, perut pula meragam. Badan juga menjadi lemah dan kepenatan. Aktiviti blogwalking turut tidak dapat dijalankan kerana tidur awal.

Galeri gambar:









EmoticonEmoticon