Refleksi puasa hari ke 29

Salam Syawal kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam
Semoga Syawal tahun ini memberi seribu kebahagian kepada semua.

Alhamdulillah, selesai sudah 29 hari berpuasa. Walaupun sedih Ramadan telah berakhir tetapi kita serikan diri dengan hari kemenangan.

Puasa hari ke 29 sepenuhnya berada di kampung. Aktiviti hari ini lebih kepada persiapan raya yang mana mak Sop sibuk menyediakan ketupat, adik Sop berkemas rumah dan Sop pula bentu-membantu mana yang patut. Tengah hari sempat mencuci kereta yang agak kotor.

Pada petangnya, Sop ke Maidyn Kuala Ibai untuk membeli kuih raya tetapi semua kehabisan. Tinggal satu jenis kuih sahaja yang tinggal. Kami kemudianya singgah ke pasar Ramadan yang berhampiran dengan Maidyn tersebut. Hanya separuh sahaja peniaga yang tinggal berdasarkan meja-meja yang telah kosong. Mungkin masing-masing sibuk dengan persiapan raya. Sop hanya beli beberapa juadah sahaja untuk menu berbuka.

Malam ini, Sop berbuka dengan nasi pulut ketupat. Sop minta mak tinggalkan sedikit pulut ketupat. Sop lebih suka makan begitu berbanding telah menjadi ketupat.

Selepas pengumuman raya, Sop layan Azfar dan Azwar bermain bunga api. Di kampung, bunyi mercun lebih meriah berbanding di Kuala Lumpur. Di sana sini kedengaran letupan mercun. Setiap rumah dihiasi dengan lampu klip-klip. Kanak-kanak mula memasang lilin. Teringat masa Sop kecil dulu, akan sibuk memasang pelita minyak tanah dan bermain mercun. Kemudian meronda sekitar kampung dengan kawan-kawan sambil membawa pelita atau lilin.

Indah sungguh suasana malam raya di kampung.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.

Galeri gambar:









Previous
Next Post »