Refleksi puasa hari ke 18



Salam Ramadan kepada semua rakan-rakan.

Berbuka menu apa hari ini?

Hari ini Sop berbuka menu biasa-biasa sahaja. Berbuka dengan kurma 2 biji dan terus makan nasi. Tadi ada singgah ke pasar Ramadan untuk beli ayam golek separuh.

Perjalanan puasa hari adalah baik. Keadaan pejabat yang agak sibuk menjadikan masa berjalan pantas tetapi sedikit penat. Tengah hari tadi terasa sangat mengantuk. Untuk hilangkan mengantuk, masa rehat tengah hari dihabiskan dengan bermain game NOVA 2 HD. Sop agak addict dengan game ini yang sungguh menarik. Bukan sahaja grafik tetapi corak permainan sungguh mencabar. Bagi pengguna Android dan iPad, jangan lepaskan mendapatkan game ini.

Malam tadi ke masjid agak lambat kerana menguruskan anak-anak. Sampai ke masjid, jemaah sudah rakaat terakhir. Ada beberapa kali juga terlewat kerana balik dari rumah mertua lewat dan sibuk siapkan anak-anak. Nasib baik masjid tidak jauh dari rumah.

Cepat sungguh masa berlalu. Tinggal minggu depan sahaja lagi, berakhir sudah Ramadan. Harap dapat penuhi peluang ini.

Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.



Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »