Refleksi puasa hari 6 dan 7

Refleksi berpuasa 6 dan 7 Ramadan digabungkan sekali kerana aktiviti pada hari cuti Sabtu dan Ahad adalah sama.

Aktiviti bersahur sama refleksi sebelum-sebelum ini. Hidangan Sahur disediakan oleh Mrs Sop yang bangun lebih awal dari Sop untuk memanaskan lauk yang ada. (terima kasih mama :)

Hari bercuti, badan lebih rasa lemah berbanding hari bekerja. Mulanya ingat pada hari cuti, boleh berehat dan cabaran puasa lebih mudah. Apabila berada di rumah, kita rasa tidak bermaya dan masa lebih perlahan berlalu.

Di bulan puasa ini, Mrs Sop membantu mak mertua menyediakan juadah berbuka puasa Masjid. Sop pula bertugas menjaga anak-anak. Aktiviti hanya menonton, mengadap komputer, layan anak-anak dan tidur.

Di sebelah petang kami ke pasar Ramadan Wangsa Maju Seksyen 1. Pengunjung seperti selalu dipenuhi pengunjung. Oleh kerana kengkangan parking, Sop hanya berada di dalam kereta.

Pada malam tersebut, Sop hanya seorang ke masjid kerana anak-anak tidur. Malam tadi, semua ikut. Azwar bagai melepas dendam tidak hadir ke masjiid malam sebelum itu apabila beliau mula berlari-lari dalam masjid. Oleh kerana kesalahan tersebut, beliau akan didenda tidak boleh ikut ke masjid selama sehari. Kalau ikutkan, Azfar dan Azwar sangat ingin ke masjid ikut Sop.

Semua hari-hari puasa berjalan lancar. Semoga ia akan terus menjadi yang terbaik.

Galeri gambar:








Previous
Next Post »