Pujuk cara halus dan mereka yang terdesak

Telah lama Sop mendengar cerita seperti ini dari penulisan dan juga perbualan. Kadang kala kita tidak pasti bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Pada pendapat Sop, punca utama ialah dalam diri umat Islam itu sendiri. Begitu lemah pegangan agama sehingga sangguh menjualnya demi wang dan harta. Namun begitu, dalam keadaan terdesak sesiapa sanggup lakukan apa sahaja. Bagi umat Islam yang menyamun, merompak, membunuh, mengedar dan jenayah lain demi kekayaan  dan harta benda adakah berbeza dengan golongan murtab?

Adalah menakutkan apabila terdapat pergerakan 'bawah tanah' yang tidak dapat dikesan umum.
Semoga di Ramadan tahun ini kita dapat perkukuhkan iman dan taqwa kepada Allah.
KUALA LUMPUR: Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.
Sumber: petikan Harian Metro 
Previous
Next Post »