Komen Pilihan @ Riwayat Hariku #8

Komen Pilihan @ Riwayat Hariku hari ini memilih dari komen oleh GreenApple dalam entry 'Kurikulum Bahasa Inggeris dinilai semula'. Apa yang menarik tentang komen oleh GreenApple ialah penerangan dan penyampaian pandangan yang jelas.

Adalah jarang rakan-rakan sempat memberi komen yang panjang. Sop sendiri biasanya hanya beri komen-komen ringkas. Kadang-kala tidak mempunyai masa atau ruang yang cukup untuk menulis dan menyusun ayat. Apabila terdapat komen yang bernas dan membantu, ia harus dihargai.

Sop cuba menjejaki blog GreenApple tetapi tidak dijumpai. User komen yang digunakan hanya sebagai emel sahaja iaitu menggunakan emel sahaja. Sop juga cuba semak dari ruangan Shoutbox tetapi tidak berhasil. Jika tidak salah, Sop pernah singgah ke blog beliau.

Apapun, entry ini ingin mengetengahkan bertapa pentingnya memberi komen yang membina dan membantu. Ia bukan sahaja untuk pemilik blog tetapi juga rakan pelawat lain.

Nota kaki: Saudara Jeragang dan bro Zul juga selalu tinggalkan komen yang baik...
Previous
Next Post »