Dibelasah pelanggan berbuka puasa

Kejadian yang tidak seharusnya berlaku bukan sahaja dibulan puasa tetapi menanti waktu berbuka. Dimana letaknya tujuan berpuasa yang mana bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi keseluruhanya. Satu hari boleh bersabar menahan lapar dan dahaga tetapi tidak dapat menahanya di minit-minit terakhir.

Pada pendapat Sop, pelanggan tersebut mungkin mempunyai masalah sama ada mental atau perlakuan.

Komen Sop: Semoga puasa kita mendapat penuh keberkatan dan bukannya hanya lapar dan dahaga.
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja sebuah restoran di Taman Mulia, di sini, cedera di muka dan badan selepas dibelasah seorang pelanggan yang berang kerana makanan dan minuman dipesannya untuk berbuka puasa lambat dihidangkan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, suspek berusia 30-an dikatakan mengamuk apabila pesanan makanan dibuatnya belum dihidangkan sedangkan hampir masuk waktu berbuka.

Menurut sumber, suspek kemudian memanggil seorang pekerja restoran sebelum memarahinya.

“Mangsa yang berusia lewat 20-an kemudian menerangkan pihaknya berusaha menyediakan juadah untuk pelanggan mengikut giliran selain meminta suspek bersabar, namun tidak diendahkan.

“Suspek terus menampar dan menumbuk muka mangsa sehingga menyebabkan dia terjatuh. Dua rakan sekerja mangsa yang menyaksikan kejadian itu kemudian cuba menenangkan suspek,” katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, dua rakan mangsa gagal berbuat demikian kerana suspek kemudian mengambil kerusi sebelum cuba memukul mereka.

“Dua rakan mangsa melarikan diri sebelum suspek terus memukul mangsa lebih 10 minit sambil disaksikan pelanggan lain. Suspek meninggalkan kawasan itu selepas azan,” katanya.

Mangsa kemudian menghubungi pengurus restoran itu. Sehubungan itu, mangsa dan pengurus restoran tampil ke Balai Polis Sungai Besi, di sini, membuat laporan berhubung insiden itu.
Previous
Next Post »