Tiket bas Hari Raya habis!



Dikala awal puasa, perkara penting diambil perhatian ialah tiket bas. Walaupun belum lagi puasa tetapi mereka yang pulang ke kampung dengan bas pasti akan segera mendapatkannya. Jika tidak, pasti sukar untuk balik beraya.

Kelmarin Sop telah ke Hentian Putra untuk membeli tiket ke Kuala Terengganu yang dipesan oleh adik Sop. Tarikh 26 Ogos telah semua kehabisan. Bagi bas yang popular seperti Trannasional, kesemua telah habis bagi tarikh yang berdekatan dengan raya.

Bagi yang tidak kesempatan, pengangkutan alternatif boleh digunakan seperti kapal terbang atau kereta api. Selain itu, bas tambahan biasanya akan disediakan. Paling tidak, cuba-cuba cari rakan untuk tumpang. Hahahaha

Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »