Jom belajar koyak dan tampal

Aktiviti seni pasti menjadi kegemaran kanak-kanak terutama aktiviti yang baru dicuba.

Kali ini Sop memberi Azfar dan Azwar mencuba aktiviti menampal pula. Pada mulanya mereka tidak tahu apa aktiviti yang akan dilakukan semasa Sop mula mengoyak kertas warna. Kemudian, Sop sediakan gam dan kertas lukisan untuk mereka. Selepas Sop tunjukkan cara bagaimana hendak memulakannya, baru mereka faham.

Aktiviti ini dapat melatih anak-anak menjadi kreatif, sabar, peka dan lain-lain. Sebagai ibubapa kita perlu memberi dorongan dan untuk mrmastikan lebih meriah, kita boleh turut serta membuat aktiviti tersebut.

Selain itu, jika ia dapat dilakukan dengan baik, hasil seni tersebut sangat menarik.

Galeri gambar:











Previous
Next Post »